| |
EPISTEMOLOGI
AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA'AH
DAN
KEPENTINGANNYA DALAM PEMBINAAN
TAMADUN
OLEH
MUHAMMAD
'UTHMAN EL-MUHAMMADY
Pendahuluan
-
Yang
dimaksudkan dengan epistemology atau
faham ilmu, atau falsafah ilmu ialah teori tentang ilmu pengetahuan,
keadaannya, dasar-dasarnya,
batasan-batasannya, dan kesahihannya.
-
Yang
dimaksudkan ilmu itu - antaranya pada al-Baqillani rh dalam at-Tamhidnya
pada bahagian awalnya - ialah mengenali apa
yang dimaklumi itu mengikut keadaan hakikatnya yang sebenarnya. (marifatul-malum bima huwa bihi).
-
Para
ulama usul al-din Ahlis-Sunnah mentarafkan
peringkat mengenali itu sebagai peringkat tertinggi,
iaitu mengenali apa
yang diketahui dengan sebenarnya, dengan yakin berdasarkan kepada dalil.
Ianya melebihi sangkaan yang kuat (zann), syak (sama banyak antara
yang ya atau tidak), sangkaan
yang lemah (waham), kejahilan semata (al-jahl), dan jahil yang bersusun (jahil
al-murakkab), iaitu tidak disedari iaya jahil, disangkanya dirinya
mengetahui sebenarnya. Ianya mesti dengan dalil dan yakin; tanpa dalil dan
yakin tidak dipanggil ilmu atau marifah.
-
Yang
dimaksudkan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah ialah ajaran dan amalan yang berasal
daripada Nabi s.a.w. dan para Sahabatnya sebagaimana
yang ternyata daripada hadith yang menyebut umat Islam akan berpecah kepada
73 golongan, yang selamat hanya
satu, iaitu mereka yang
dipanggil
sebagai jemaah yang selamat dan benar, yang berpegang kepada dasar hidup
nabi dan para Sahabatnya, mereka itulah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.
-
Dasar
dan amalan inilah yang kemudiannya berkembang di kalangan para ulama
Ahlis-Sunnah dalam pelbagai disiplin ilmu, yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh
dalam bidang tafsir Quran, qiraat, hadith dan cawangan-cawangannya, usul
al-din, fiqh, usul al-fiqh, akhlak dan tasawwuf, termasuk falsafahnya,
demikian seterusnya dengan
pelbagai cawangan dan disiplin ilmu, antaranya
sebagaimana yang dihuraikan dalam al-Muqaddimah oleh Abd al-Rahman ibn Khaldun rh antara lainnya. (c.f. Osman Bakar, The
Classification of Knowledge).
-
Abd
al-Qahir al-Baghdadi rh membahagikan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah dalam bahagian
yang kemudian dalam kitabnya al-Farq bainal-Firaq kepada beberapa
bahagian mengikut disiplin ilmu dalam epistemologi Ahlis-Sunnah wal-jamaah
seperti: ilmu al-kalam atau usul al-din, ilmu tafsir Quran dan qiraat, ilmu
hadith dan cawangan-cawangannya, ilmu fiqh dan ahli-ahlinya (termasuk usul
al-fiqhnya), ilmu sastera dan
nahu sarafnya, ilmu lughahnya, ilmu tasawwuf
dan para ahlinya. Termasuk ke dalam golongan mereka itu orang awam
yang mengikut panduan ulama Ahlis-Sunnah wal-jamaah dan juga mereka yang
menjaga sempadan negeri-negeri Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.
Cawangan-Cawangan
Ilmu Ahlis-Sunnah Dan Ciri-Cirinya:
1.
Ilmu
Tafsir:
-
Berdasarkan
kepada panduan-panduan ayat-ayat Quran
-
Panduan
hadith-hadith
-
Huraian-huraian
para ulama Ahlis-Sunnah yang muktabar dalam bidangnya seperti al-Baidawi, al-Nasafi,
al-Jalalain, a-Khazin, al-Baghwi, Fakhrul-razi dan seterusnya; sampailah kepada
para mufassirin zaman kemudian.
2.
Ilmu
Hadith:
-
Berdasarkan
ilmu-ilmu hadith oleh para imam yang diakui
seperti para pengumpul "kutub
sittah" dan
lainnya dan para pensyarah
kitab-kitab mereka.
-
Huraian
para ulama tentang mustalah al-hadith.
-
Huraian
para ulama tentang "al-jarh
wa tadil".
-
Huraian
para ulama tentang sejarah perkembangan hadith.
3.
Ilmu
usul al-din:
-
Berdasarkan
kepada Quran, Sunnah, dan ijma.
-
Berdasarkan
kepada huraian para ulama Ahlis-Sunnah yang muktabar dalam bidang ini
seperti Imam Abul-Hasan al-Ashari, al-Maturidi, al-Baghdadi, al-Baqillani, al-Nasafi, dan seterusnya
dalam memberi huraian tentang Tuhan, para nabi, malaikat, kitab samawi,
akhirat, dan qadha dan qadar.
-
Juga
berdasarkan kepada huraian mereka yang menolak Mutazilah,
Jabariah, Qadariah, Murjiah,
Khawarij, Batiniah, dan Syiah atau Rafidah.
-
Semuanya
perlu diketahui dengan jelas dan simpati supaya akidah Ahlis-Sunnah dijadikan
pegangan dan dihayati dan yang lain-lain dijadikan sempadan dan ditolak,
samaada dalam bentuk lama atau baharu, klasik atau moden.
-
Yang moden
yang perlu difahami dan ditolak seperti materialisme, sekularisme,
dekonstruksinisme, pasca-modernisme dan
seterusnya, iaitu mana-mana yang berlawanan dengan ciri-ciri pegangan
Ahlis-Sunnah wal-jamaah.
-
Mana-mana
tulisan moden yang boleh membantu dalam memahami akidah ini boleh dimanafaatkan
seperti tulisan-tulisan Dr. Zandani,
juga pemikir-pemikir Barat seperti
Fritjof Chapra antaranya dengan The Tao of Physicsnya antara lainnya.
-
Tulisan Dr.
Iqbal seperti The Reconstruction of Religious Thought in Islam juga
perlu difahami dengan jelas dan penuh simpati serta manafaat daripadanya perlu
didapati, walaupun mungkin dalam beberapa perkara tentang pemikirannya kita
berbeza dengannya.
-
Cabaran-cabaran
terhadap pemikiran dan akidah Ahlis-Sunnah dalam penulisan semasa - termasuk apa
yang ada dalam internet - perlu diberi respons yang tepat oleh para ulama dan
sarjana Muslim dengan kerjasama mereka yang berwenang.
-
Nusantara
atau Dunia Melayu Muslim mesti dikekalkan akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaahnya
dengan ciri-cirinya demi untuk menjaga kesahihan akidahnya dan juga kestabilan
intelektuil dan rohaninya sebagai
asas yang kukuh bagi pembinaan tamadun dan budaya di rantau ini (selain daripada mengambil kira dan
memanafaatkan perkembangan-perkembangan terbaharu dalam ilmu pengetahuan dan
teknologi termasuk ICT).
-
Perlu
dihadapi dengan cara berkesan fenomena pihak-pihak yang tertarik dengan
pemikiran Syiah sehingga dianggap perlu menggantikan pemikiran dan akidah
Ahlis-Sunnah di Dunia Melayu.
-
Juga
perlu dihadapi dengan berkesan fenomena Kristianisasi dan yang sepertinya.
4.
Ilmu
Fiqh:
-
Ilmu
berkenaan dengan detail-detail hukum Syara dalam Islam berdasarkan kepada Quran, Sunnah, Ijma
mereka yang muktabar, dan Qias mereka yang berwenang. Juga istihsan, istislah,
istishab dan seterusnya.
-
Berdasarkan
kepada mazhab-mazhab yang diakui dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah, dan kalau di
Nusantara mazhab Imam SyafiI
rd dengan tambahan-tambahan dalam bentuk fatwa-fatwa dan keputusan-keputusan
baharu yang diperlukan berdasarkan
kepada kaedah-kaedah mazhab yang diakui.
-
Ini demi
untuk menjaga kesahihan dalam perkembangan dan pengamalan hukum
serta keseragaman dalam perlaksanaan hukum dan kesenangan dalam
menguruskan kehidupan kolektif umat di rantau ini.
-
Perlu
dihadapi fenomena pemikiran dan pemahaman tentang hukum yang terbebas daripada
mazhab yang muktabar (aliran al-lamadhhabiyyah)
kononnya kerana hendak kembali
kepada Quran dan Sunnah
sahaja, atau kerana hendak
menghapuskan sarang labah-labah yang berabad-abad itu
(the
web of the centuries) dan sebagainya.
-
Perlu
dihadapi fenomena memberi fatwa atau pendapat secara tidak mengikut adab dan
ketertiban sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama muktabar tentang fatwa
dan membuat keputusan hukum (istinbat), mengeluarkan pendapat
sendiri-sendiri, atau mengikut apa yang dipanggil sebagai
ulama haraki dan ditolaknya yang tidak haraki
sampai terjejas ciri-ciri sahih keputusan hukum dalam Ahlis-Sunnah wal-jamaah (c.f.
teguran al-Hudaibi terhadap almarhum Maududi dalam hubungan dengan istilahnya yang
empat yang menyalahi ijma Ahlis-Sunnah wal-jamaah; demikian pula teguran yang
dibuat dalam hubungan dengan pemikiran almarhum Syed Qutb rh dengan penuh
penghormatan
kita kepada beliau yang sangat banyak berjasa itu).
-
Perlu
dihadapi fenomena yang bercanggah
dengan dasar bertanyalah
kepada ahli ilmu kalau kamu tidak mengetahui
yang tertingginya merujuk kepada para mujtahidin sebenarnya;
-
Juga
fenomena yang bercanggah dengan pengajaran dalam hadith:
الدين
النصيحة
لأئمة
المسلمين
Keceriaan
yang murni dan sungguh-sungguh dalam hubungan dengan para ulama dan para
pemimpin dalam kehidupan bermasyarakat sekaligus dengan mengamalkan adab-adab dan cara-cara berinteraksi
dengan mereka
sebagaimana yang ada dalam teks-teks Ahlis-Sunnah wal-jamaah.
5.
Ilmu Akhlak dan Tasawwuf:
-
Keperluan
kepada usaha merujuk dan mengambil panduan daripada sistem ilmu tasawwuf yang
muktabar sebagaimana yang ada dalam Ahlis-Sunnah wal-jamaah
seperti Imam al-Ghazali rd dan al-Qushairi rh serta al-Junaid al-Baghdadi
rh dan lainnya serta teks-teks mereka dan perjalanan hidup mereka.
-
Keperluan
mengelak daripada ciri-ciri yang tidak wajar dalam kefahaman sufiah dan
amalan-amalannya, apa lagi yang bercanggah dengan hukum Syara dan
ciri-ciri Batiniah yang sesat dan menyesatkan yang muncul atas nama tasawwuf
atau ilmu hakikat yang palsu dan
juga keperluan menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul berkaitan dengannya.
-
Keperluan
mengembalikan umat kepada makarim al-akhlak
dengan pemusatan kepada sifat-sifat yang mulia dan utama serta mengikis
sifat-sifat yang sebaliknya melalui ilmu pengetahjuan yang berkenaan
dan latihan-latihan akhlak dan adab amaliah dalam kehidupan harian.
-
Keperluan
untuk menghalang dengan pelbagai cara yang mungkin melalui undang-undang, pendidikan, dan kawalan masyarakat, serta
media peribadi-peribadi yang sesat daripada
menyesatkan orang ramai melalui dakwaan-dakwaan palsu tentang kemampuan memberi
kepimpinan rohaniah yang tinggi.
Beberapa
Segi Epistemologi Sunni:
Antaranya
ini boleh dilihat pada bab
kelima al-Farq Bainal-Firaq: antara dasar-dasar atau usulnya
ialah:
Rukun
Yang Pertama
-
Yang
disepakati dikalangan mereka rukun pertamanya mengithbatkan hakikat-hakikat dan
ilmu-ilmu yang mereka ijmakan tetapnya ilmu-ilmu itu dengan makna-makna yang ada pada para ulama dan dianggap sesat mereka
yang menafikan ilmu dan lain-lain sifat (arad) seperti yang berlaku
pada golongan Sophists (ini boleh terkena pada pemikiran pascamodernisme)
yang menafikan ilmu dan hakikat-hakikat benda-benda yang ada. Demikian pula
sesatnya mereka yang menganggap semua pegangan dan kepercayaan sebagai sah walau
pun yang saling berlawanan dan bercanggahan.
-
Ulama ahli
Sunnah membahagikan ilmu manusia kepada yang bersifat badihiah, yang hissi, dan istidlali - mereka yang menafikan ilmu
yang bersifat badihi dan hissi - melalui pengamatan pancaindera - sebagai
golongan degil.
-
Mereka
yang menafikan ilmu dari tilikan akal (al-nazar) dan istidlali (dengan mengambil
dalil pemikiran) , kalau ianya seperti golongan Sumniyah yang mengingkari
penilikan akal dalam ilmu akliah ia kafir mulhid, seperti golongan dahriah atau
materialist, yang berpegang kepada sediakalanya alam, penafian adanya Tuhan
Pencipta alam, berserta dengan fahaman membatalkan semua agama-agama (dan ini
juga menyentuh pemikiran pascamodernisme sekarang).
-
Kalau
orang demikian berpegang kepada tilikan
akal dalam ilmu akliah dan menolak kias dalam cawangan hukum Syara seperti mazhab Zahiriah, itu tidak membawa kepada
kekufuran.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan pancaindera yang
mengesani perkara-perkara zahir yang boleh dikesani olehnya (al-mahsusat) ialah
pemandangan mata bagi mengesani apa yang boleh dilihat, perasa yang mengesani
seperti rasa makanan, penciuman bagi mengesani bau, sentuhan bagi mengesani
panas dan sejuk, basah dan kering, sifat lembut dan kasar.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan apa-apa yang dicapai melalui pancaindera ini berupa sebagai
makna-makna (al-maani) yang berdiri dengan
alat-alat pancaindera itu. (Ilmu yang berpunca daripada pengesanan melalui
pancaindera dan tilikan akal boleh diperpanjangkan dengan perlaksanaan kaedah
saintifik, penyelidikan, dan pemikiran serta rumusan ilmu pengetahuan dan
alat-alat kelengkapan yang diperlukan zaman sekarang sampailah kepada ICT dan
seterusnya).
-
Mereka
mengajarkan bahawa khabar berita yang mutawatir - yang sampai melalui punca yang
terlalu banyak yang tidak memungkinkan salahnya - adalah jalan ilmu yang daruri
- tidak boleh tidak - yang sah bila cukup syarat-syaratnya pada mereka.
Termasuk ke dalam contoh ini ialah pengetahun kita tentang para nabi dan raja-raja sebelum kita dalam sejarah. Adapun sahnya
penegasan tentang pangkat kenabian para anbiya itu maka itu sah melalui
hujah-hujah nazariah atau tilikan akal. Maka dikirakan
kafir mereka yang mengingkari ilmu dari kaedah atau jalan riwayat
mutawatir.
-
Mereka
memperincikan ciri-ciri riwayat yang mutawatir, yang mustafid, dan yang bersifat
ahad, yang terakhir dengan periwayat seorang
atau terlalu sedikit.
-
Berita
ahad pada Ahlis-Sunnah bila sahih sandarannya dan matannya tidak mustahil pada akal, maka mesti diamalkan ajarannya. Dengan kaedah ini
para ulama fiqh mensabitkan kebanyakan hukum Syariat dalam ibadat, muamalat,
dan lain-lain bab haram dan halal.
-
Mereka
menganggap sesat golongan-golongan
yang menggugurkan wajib beramal dengan riwayat ahad seperti golongan Syiah
Rafidah, Khawarij, dan lain-lain golongan yang mengikut hawa nafsu mereka.
-
Khabar
mustafid adalah ditengah-tengah antara mutawatir dan ahad - mesti berilmu
dengannya dan mesti beramal dengannya. Termasuk di bawah kaedah ini ialah ilmu tentang beberapa majizat
Nabi s.a.w. seperti terbelah bulan, bertasbihnya anak batu, meratapnya pelepah tamar,
cukupnya makanan sedikit bagi orang ramai dan seterusnya.
-
Khabar
mustafid banyak terdapat dalam hukum Syara
seperti nisab zakat, had khamar, ilmu tentang menyapu dua kasut panjang, hukum
rejam, dan yang sepertinya yang
disepakati ulama fiqh tentang penerimaan terhadapnya; dianggap sesat mereka yang
menyalahi mereka dalam hal ini seperti golongan Khawarij, yang mengingkari rejam.
-
Dan
dikirakan kafir mereka yang mengingkari ruya
atau memandang Allah di Syurga, Kolam nabi di akhirat, syafaah dan azab kubur.
-
Sabitnya
Quran, zahirnya, dan mujizatnya
yang menyebabkan ianya tidak boleh ditentang itu melalui riwayat mutawatir yang
menjadikannya ilmu daruri.
-
Ahlis-Sunnah bersepakat bahawa Allah mentaklifkan para hambaNya mencapai marifat
terhadapNya, dan mereka diwajibkan
tentangnya, juga mereka disuruh bermarifat
dalam hubungan dengan RasulNya, dan KitabNya, serta beramal dengan apa yang
ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah nabiNya.
-
Dianggap
kafir mereka yang menegaskan bahawa Allah tidak menyuruh marifat
seseorang itu, seperti yang diperpegangi oleh Thumamah, dan al-Jahiz, dan
segolongan daripada Syiah Rafidah.
-
Mereka
bersepakat bahawa usul Hukum Syariat ialah Quran, Sunnah, dan Ijma golongan Salaf.
-
Mereka
anggap kafir pihak yang menegaskan -
seperti golongan Syiah Rafidah - bahawa tidak ada hujah sekarang ini
pada Quran dan Sunnah kerana pada dakwaan mereka para Sahabat telah mengubah
sebahagian dari Quran itu dan
melakukan tahrif pada
setengah daripadanya.
-
Mereka
anggap kafir golongan Khawarij yang menolak semua hadith-hadith Sunan
yang dinukilkan oleh para periwayatnya oleh kerana mereka
mengatakan para penukil hadith itu - termasuk Sahabat - menjadi kafir.
-
Mereka
menganggap kafir al-Nazzam yang menolak hujah ijma
dan hujah mutawatir, dan yang berpegang kepada harus berlakunya persepakatan
umat Islam atas kesesatan dan kemungkinan berlaku pembohongan di kalangan mereka
yang terlibat dalam riwayat yang mutawatir.
Tentang
Rukun Yang Kedua.
-
Tentang
baharunya alam ini, yang mereka sepakati ialah alam itu ialah sekelian yang
selain dari Allah.
-
Maka
sekelian yang lain dari Allah dan sifat-sifatNya yang azali adalah makhluk yang
diciptakanNya.
-
Pencipta
alam bukan makhluk, bukan dicipta, bukan dari jenis alam, bukan dari jenis
sesuatu bahagian atau juzu
alam.
-
Mereka
bersepakat alam ini terdiri dari zat dan sifat (jauhar dan arad).
-
Mereka
mengajarkan tiap jauhar - iaitu atom - tidak boleh dibahagi (Sekarang ini ianya
boleh dibahagi- proton, neutron, dan sebagainya, dengan entiti-entiti baharu
seperti quarks
dan seterusnya dalam fizik quantum).
-
Mereka
mengajarkan adanya para malaikat, jin, dan syaitan-syaitan daripada
makhluk-makhluk dalam alam.
-
Mereka
aggapkan kafir mereka yang mengingkari ini semua seperti golongan ahli falsafah dan puak Batiniah.
-
Mereka
menganggapkan sesat golongan yang mengajarkan fahaman serba-dua (al-thanawiyah)
iaitu jisim terdiri daripada nur atau cahaya, dan zulmah atau kegelapan; yang
baik daripada nur, yang jahat daripada zulmah.
-
Mereka
bersepakat tentang baharunya arad
pada semua jisim-jisim, dan mereka menganggap
tiap-tiap arad itu baharu pada tempatnya arad itu tidak berdiri sendirinya.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat tentang fananya seluruh alam ini dan mereka
mengajarkan kekalnya syurga dan neraka, syurga dengan nimatnya
dan neraka dengan azabnya melalui jalan Syara.
-
Mereka
menganggap kafir golongan Jahmiah yang mengajarkan syurga dan neraka itu binasa.
-
Mereka
menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpendapat akan terputusnya nimat
syurga dan azab neraka;
Rukun Ketiga Berkenaan Dengan Pencipta Alam.
-
Semua
peristiwa yang berlaku mesti ada yang melakukannya dan yang menjadikannya.
-
Ahlis-Sunnah
menganggap kafir Thumamah dan pengikutnya dari golongan Qadariah yang
mengajarkan bahawa perbuatan-perbuatan itu timbul sendiri - al-mutawallidah
- tanpa pembuatnya. Mereka mengajarkan Pencipta alam hanya menjadikan jisim-jism dan arad sahaja, bukan perbuatan-perbuatan.
-
Mereka
menganggap kafir Mamar dan para pengikutnya dari golongan Qadariah yang mengajarkan Allah
tidak menciptakan sesuatupun daripada arad-arad yakni sifat-sifat yang ada pada jisim-jisim. Ia hanya menjadikan
jisim-jisim sahaja. Jisim-jisimlah yang menjadikan arad-arad sendirinya.
-
Golongan
pelampau atau ghulat dari kalangan Syiah Rafidah mengajarkan bahawa Ali adalah jauhar makhluk, yang baharu dijadikan, kemudian ia menjadi
Tuhan Pencipta Alam dengan meresap masuk - hulul - roh Tuhan ke dalamnya. Mereka
ini mengajarkan Tuhan tidak ada kesudahan dan hadNya.
-
Hasyim bin
Hakam al-Rafidi mengajarkan Tuhan yang disembahnya tujuh jengkal dengan
jengkalnya sendiri.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan mustahil Tuhan itu ada rupa bentuk dan anggota, khilaf bagi golongan
ghulat Rafidah dan para pengikut Daud al-Hawari yang mengajarkan bahawa Tuhan ada,
mempunyai rupa bentuk seperti rupa manusia.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat mengajarkan bahawa Tuhan tidak dikandung ruang atau tempat, dan tidak berlalu atasNya perjalanan
masa; ini berlawanan dengan pegangan kaum Syihamiyah dan Karramiyah yang
mengajarkan bahawa Tuhan bersentuh
dengan Arasy.
-
Dinukilkan
oleh Ahlis-Sunnah bahawa baginda Ali
rd menyataan bahawa Allah menjadikan Arasy
bagi menzahirkan QudratNya, bukan bagi menjadi tempat untuk ZatNya (izharan
li-Qudratihi la makanan li Dhatihi). Katanya lagi: Telah ada Ia dan tiada tempat (bagiNya),
dan Ia sekarang sebagaimana telah adaNya dahulu.
-
Ahlis-Sunnah
menafikan adanya kecelaan, kesahan, dan kesakitan pada Tuhan. Mereka menafikan
gerak dan diam padaNya. Ini berlawanan dengan Syiah Rafidah yang mengajarkan
bahawa tempatNya baharu menjadi daripada gerakNya.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat bahawa Allah Maha Kaya tidak memerlukan pertolongan makhlukNya, dan
Ia tidak mendapat manafaat daripada makhlukNya untuk DiriNya, dan Ia tidak
menolak kemudaratan dariNya melalui makhlukNya. Ini berlawanan dengan dakwaan
para Majusi yang mengajarkan bahawa Allah menjadikan para malaikat untuk menolak
kesakitan daripada Syaitan terhadapNya.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat bahawa Pencipta Alam adalah Esa. Ini berlawanan dengan Majusi
yang mengajarkan ada dua yang kadim, iaitu Nur dan Zulmah.
-
Ini juga
berlawanan dengan Rafidah yang mengajarkan bahawa Allah menyerahkan tadbiran
alam kepada Ali,
ialah Pencipta Yang Kedua (al-Khaliq al-Thani).
Berkenaan Dengan Rukun Yang Keempat.
-
Berkenaan Dengan Sifat-Sifat Allah: IlmuNya,
QudratNya, HayatNya, IradatNya, SamaNya,
BasarNya, dan KalamNya, yang semuanya Sifat-Sifat Yang Azali dan Kekal.
-
Mutazilah menafikan semua Sifat-Sifat Azali bagi Allah: mereka mengajarkan
tidak ada bagi Allah sifat Qudrat, Ilmu, Hayat, Basar, dan tidak ada
PencapaianNya bagi semua yang boleh didengar.Mereka mensabitkan bagiNya kalam
yang baharu.
-
Kata
Ahlis-Sunnah: menafikan sifat bermakna menafikan apa yang disifatkan,
sebagaimana menafikan perbuatan bermakna menafikan pembuat.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat Kuasa Allah berlaku atas semua yang ditakdirkan, dengan QudratNya
yang satu. Dengan Qudrat yang satu berlaku semua yang ditakdirkan.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat bahawa Ilmu Allah adalah satu dengan Ilmu itulah Ia mengetahui semua
maklumat secara terperinci tanpa pancaindera, cara badihiah, dan mengambil dalil.
-
Kaum
Rafidah di kalangan Syiah mengajarkan Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum
jadinya.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat bahawa Sifat Basar dan Sama Allah meliputi semua yang boleh dilihat dan didengar dan Allah berterusan melihat DiriNya dan Mendengar KalamNya.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat bahawa Allah boleh dilihat oleh orang mukmin di akhirat. Mereka
berpendapat harus melihatNya dalam tiap-tiap hal dan bagi tiap-tiap yang hidup
melalui jalan akal. Dari mereka mengajarkan wajib orang mumin
melihatnya secara khusus di akhirat melalui jalan khabar dalam nas. Ini
berlawanan dengan pendapat Qadariah dan Jahmiyah yang mengajarkan mustahil Ianya
boleh dilihat.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat bahawa Kehendak Allah - Iradat dan MasyiahNya
-
tertakluk atas segala perkara.
-
Mereka
mengajarkan bahawa tidak ada yang berlaku dalam alam melainkan dengan
KehendakNya, apa yang dikehendakiNya jadi, apa yang tidak dikehendakiNya, tidak
menjadi.
-
Golongan
Qadariah Basrah berpendapat ada Allah kehendaki apa yang tidak menjadi, dan ada
yang menjadi apa yang tidak dikehendakiNya.
-
Ahlis-Sunnah
bersepakat Hayat Tuhan tanpa roh dan makanan; dan semua arwah adalah makhluk.
Ini
berlawanan dengan Nasrani yang mendakwa sediakalanya bapa, anak dan roh (dalam
tiga oknum mereka).
-
Mereka
bersepakat bahawa kalamullah adalah SifatNya yang azali, dan itu bukan makhluk,
bukan baharu.
Rukun Yang Kelima Berkenaan Dengan Nama-Nama Allah.
-
Nama-Nama
Allah pada Ahlis-Sunnah adalah
perkara tauqif, iaitu samaada ianya diambil daripada al-Quran atau Sunnah yang
sahih atau ijma umat
tentangnya; tidak dibolehkan qias tentangnya.
-
Berlawanan
dengan pihak seperti Mutazilah
Basrah yang membolehkan qias. Al-JubbaI
misalnya menyesatkan bila ia
memberi nama Muti
(yang taat) kepada Allah melalui jalan qias kerana katanya Allah memberi
kehendak hambaNya.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan tentang adanya Sunnah yang menyebut nama Tuhyan sebanyak sembilan
puluh sembilan, dan sesiapa yang membilang-bilangnya masuk syurga. Maksudnya
bukan hanya menyebut dan membilang tetapi mempunyai ilmu tentangnya dan
beriktikad tentang makna-maknanya.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan bahawa Nama-Nama Tuhan ada tiga bahagian: sebahagian yang
menunjukkan ZatNya, seperti al-Wahid (Yang Esa), al-Ghani (Yang Maha Kaya), al-Awwal
(Yang Kadim tanpa permulaan), al-Akhir (Yang Kekal tanpa kesudahan), al-Jalil
(Yang Maha Hebat), al-Jamil (Yang Maha Indah), dan lain-lain yang Ia berhak
bersifat dengannya.
-
Sebahagian
lagi yang memaksudkan Sifat-SifatNya yang azali yang bersekali dengan ZatNya
seperti al-Hayy (Yang Maha Hidup), al-Qadir (Yang Maha Berkuasa), al-Alim (YangMaha Mengetahui), al-Murid (Yang Maha Berkehendak), as-Sami (Yang
Maha Mendengar), al-Basir (Yang Maha Melihat), dan lain-lain Nama daripada
Sifat-Sifat Yang berdiri dengan ZatNya.
-
Sebahagian
lagi Nama-Nama yang timbul daripada perbuatan-perbuatanNya seperti al-Khaliq
(Yang menjadikan alam), ar-Razig (Yang Maha Mengurnia rezeki), al-Adil (Yang Maha Adil), dan yang sepertinya.
-
Bagi
golongan pascamodernis yang menolah naratif agung- akidah seperti ini dalam
agama - dan golongan materialis, ini semua tertolak sebagai bahan-bahan tanpa makna
yang tidak perlu diambil kira. Ini perlu diberi respons dan perlu dihadapi dengan
berkesan).
Tentang Rukun Yang Keenam.
-
Tentang Keadilan Ilahi dan Hikmat KebijaksanaanNya.
Mereka mengajarkan bahawa Allah menjadikan jisim-jisim dan arad-arad yang baiknya dan yang buruknya semua sekali (kalau sekarang
boleh dikatakan Ia menjadikan semua atom-atom, neutron-neutron, proton, elektron,
quark-quark, serta lain-lainnya seperti yang ada ini semua, samaada dalam bentuk
gelombang atau zarrah, dengan sifat-sifatnya semua sekali).
-
Bahawa
Allah menjadikan usaha para hambaNya, tidak ada yang menjadikannya selain
daripada Allah. Ini berlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskan Allah
tidak menjadikan sesuatupun daripada usaha para hambaNya, dan berlawanan dengan golongan Jahmiyah yang mengajarkan bahawa hamba tidak melakukan usaha dan tidak berkuasa atas usaha mereka.
-
Pada
Ahlis-Sunnah sesiapa yang berpegang kepada ajaran bahawa para hamba menjadikan
usaha mereka, ia Qadariyah, syirik
dengan Tuhannya, kerana mendakwa para hamba menjadikan seperti Tuhan mennjadikan
arad-arad
seperti gerak-gerak dan diam dalam ilmu dan iradat, kata-kata dan suara.
-
Dan -
mereka
mengajarkan - sesiapa yang menegaskan bahawa hamba tidak ada upaya untuk berusaha,
ia tidak melakukan amal, serta tidak melakukan usaha, maka ia Jabariyah. Sesiapa
yang berpegang kepada ajaran bahawa hamba
berusaha bagi amalnya dan Allah pencipta usahanya, maka ia Ahlis-Sunnah.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan bahawa hidayah adalah dari Allah dari dua segi: iaitu segi menerangkan yang benar dan menyeru kepadanya, serta
membentangkan hujah-hujah dan dalil untuknya. Dari segi in maka sah dinisbahkan
hidayah kepada para Rasul a.s.s dan
daI
kepada agama Allah kerana mereka memberi panduan yang benar kepada
Allah. Ini penafsiran terhadap ayat yang bermaksud Sesungguhnya
tuan hamba menyeru kepada Jalan Yang Lurus
(Surah al-Shura: ayat 52).
-
Segi
keduanya: hidayah pertunjuk Allah terhadap para hambaNya dalam erti menjadikan
bimbingan hidayat dalam hati para hamba sebagaimana yang ada dalam ayat yang
bermaksud Maka
sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat kepadanya, ia membukakan
dadanya bagi menerima agama Islam, dan sesiapa yang Ia kehendaki supaya dibiarkan dalam kesesatan Ia menjadikan dadanya
sempit
(Surah al-Anam: ayat 126). Hidayat dalam aspek ini hanya Allah sahaja yang berkuasa
melakukannya.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan bahawa sesiapa yang mati maka itu kerana ajalnya, dan Allah Maha
Kuasa untuk memanjangkan umurnya.
-
Ahlis-Sunnah
mengajar tentang rezeki iaitu
sesiapa yang makan atau meminum sesuatu itu rezekinya, samaada halal atau haram,
itu berlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskan bahawa manusia
kadang-kadang makan apa yang bukan rezeki baginya.
Tentang Rukun Yang Ketujuh Berkenaan Dengan Kenabian dan Kerasulan.
-
Mereka
mengajarkan hakikat adanya kenabian dan kerasulan serta mereka menegaskan
kebenaran adanya para Rasul a.s.s yang diutuskan Allah kepada para hambaNya. Ini
berlawanan dengan ajaran Brahminisme (juga golongan materialis dan pascamodernis)
yang menafikan itu walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang menjadikan alam.
-
Ahlis-Sunnah
membezakan antara Rasul dan Nabi. Nabi ialah setiap orang yang turun wahyu
kepadanya dari Allah melalui malaikat dan ia diperkuatkan dengan mujizat-mujizat
yang menyalahi adat. Rasul ia sesiapa yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut
serta dikhaskan baginya syariat yang baharu, ataupun atau ia datang memansukhkan
sebahagian daripada syariat yang terdahulu daripadanya.
-
Ahlis-Sunnah
menganggapkan kafir orang yang mengaku nabi samaada sebelum Islam seperti
Zardasyt, dan Mazdak dan sebagainya, dan yang selepas Islam seperti Musailamah
al-Kazzab, Sajah, dan seterusnya.
-
Ahlis-Sunnah
menganggap kafir golongan yang menisbahkan kenabian bagi imam-imam atau mengaku mereka itu Tuhan seperti golongan
al-Bayaniah, al-Mansuriah, al-Khattabiyah, dan yang menjalani perjalanan mereka.
(Termasuk ke dalam kategori ini golongan-golongan sesat yang mengaku
Tuhan dalam diri mereka, atau pemimpin mereka menerima wahyu daripada Jibril,
atau pemimpin mereka miraj,
bersemayam atas Arasy dan seterusnya, termasuk juga mereka yang mengaku adanya imam-imam
maksum).
-
Mereka
mengajarkan: para Nabi a.s.s lebih afdhal daripada para malaikat yang berlawanan
dengan pendapat al-Husain bin al-Fadl berserta dengan kebanyakan daripada
golongan Qadariah yang mengajarkan malaikat lebih utama daripada para Rasul
a.s.s.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan bahawa para Nabi lebih afdal daripada aulia, ini berlawanan dengan
mereka yang berpendapat para aulia lebih afdal daripada anbia.
-
Mereka
mengajarkan para nabi maksum iaitu
bersih daripada dosa. Ini berlawanan dengan pegangan golongan Hisyamiah daripada
firkah Syiah Rafidah yang berpegang kepada pendapat para nabi boleh berdosa
tetapi mereka mengajarkan bahawa para imam itu maksum bersih daripada dosa.
Rukun Yang Kelapan, Tentang Mujizat Dan Karamah.
-
Mereka mengajarkan bahawa mujizat
ialah perkara zahir yang menyalahi adat timbul pada seseorang nabi dalam
menghadapi kaumnya dan kaumnya lemah untuk menghadapinya, dan ini membenarkan
dakwaannya sebagai nabi; maka wajib ditaati nabi yang demikian.
-
Mereka
mengajarkan harus zahirnya kekeramatan dari para aulia yang menunjukkan benarnya
hal mereka itu.
-
Golongan
Qadariah mengingkari adanya karmah aulia kerana mereka tidak mendapati orang
yang mempunyai karamah dalam golongan mereka.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan Quran ada mujizatnya
dalam bentuk susunannya; ini berlawanan dengan pendapat Qdariah, seperti an-Nazzam,
yang menyatakan bahawa tidak ada mujizat
dalam susunan sistem al-Quran.
-
Mereka
mengajarkan ada mujizat
Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu di
tangannya, keluarnya air di celah-celah jarinya, memadainya makanan sedikit
untuk orang yang sedemikian ramai, dan yang sepertinya. Golongan Qadariah seperti
al-Nazzam mengingkari yang demikian itu.
Berkenaan Dengan Rukun Kesembilan Tentang Syariat Islam Dan
Rukun-Rukunnya.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan bahawa Islam terdiri daripada
lima rukun, iaitu syahadah, perlaksanaan sembahyang lima waktu, pembayaran zakat,
puasa Ramadhan, dan ibadat haji ke Baitullahil-Haram.
-
Mereka
mengajarkan sesiapa yang menggugurkan sesuatu rukun yang wajib daripada yang
lima ini dan mentakwilkannya seperti yang dilakukan oleh golongan al-Mansuriah,
dan
al-Janahiah dari golongan ghulat Syiah Rafidah, maka ia kafir. (Ini sama seperti
setengah golongan sesat yang menggugurkan wajib sembahyang kononnya kerana makam
rohani yang tinggi yang dicapai oleh mereka).
-
Mereka
mengajarkan sembahyang lima waktu, dan mereka menganggap kafir orang yang
menggugurkan setengah daripadanya, seperti Musalamah al-Kazzab yang menggugurkan wajibnya sembahyang Subuh dan Maghrib; ia
menggugurkannya itu sebagai mahar bagi perkahwinannya dengan isterinya Sajah
yang juga mengaku nabi; maka ia menjadi kafir mulhid. (Ini sama dalam setengah
perkara dengan golongan semasa yang mengajarkan sembahyang itu bukan lima waktu,
dan caranya bukan seperti yang biasa diamalkan Ahlis-Sunnah, kerana golongan ini
mahu berpegang kepada Quran sahaja mengikut tafsiran sendiri bukannya mengikut
sistem ilmu atau epistemologi Sunni).
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan wajib sembahyang Jumaat dan
mereka menganggap kafir golongan Khawarij dan Syiah Rafidah yang mengajarkan
tidak ada sembahyang Jumuat sehingga zahir
imam mereka yang mereka sedang
nanti-nantikan. (Maka tidak benar ajaran yang membolehkan orang-orang bersuluk
tidak sembahyang Jumaat dengan alasan bersuluk, kerana dikatakan penyakit hati
yang memerlukan suluk lebih besar daripada penyakit badaniah yang membolehkan
orang mukallaf meninggalkan sembahyang Jumaat).
-
Ahlis-Sunnah
mewajibkan zakat emas dan perak,
wang, lembu kerbau, biji-bijian, makanan utama seperti tamar dan seterusnya, dan
sesiapa yang mengatakan tidak wajib zakat dalam perkara-perkara tersebut, ia
menjadi kafiir. Dijauhkan Allah.
-
Mereka
mengajarkan wajib puasa pada bulan Ramadhan bila masuk bulan Ramadhan dengan ruyah.
-
Mereka
anggapkan sesat Rafidah yang berpuasa sebelum kelihatan anak bulan sehari dan
berbuka sehari sebelum dibolehkan berbuka.
-
Mereka
mengajarkan wajib menunaikan haji sekali seumur hidup bila seseorang itu ada
kemampuan melakukannya dan aman jalannya.
-
Mereka
menganggap kafir golongan yang mengatakan tidak wajib ibadat haji seperti golongan
Batiniah. Tetapi mereka tidak menganggap kafir pihak yang
mengatakan umrah tidak wajib kerana
ada khilaf antara imam-imam tentang wajibnya.
-
Mereka
mengajarkan syarat-syarat sah sembahyang yang terdiri daripada menutup aurat,
masuk waktunya, mengadap kiblat, setakat yang mungkin.
-
Sesiapa
yang menggugurkan syarat-syarat ini atau sesuatu daripadanya walhal itu mungkin
dilakukan maka ia kafir.
-
Mereka
mengajarkan bahawa jihad menghadapi para seteru Islam adalah wajib sehingga
mereka tunduk dalam Islam, atau menunaikan jizyah.
-
Mereka
mengajarkan harus berjual beli dan haram riba.
-
Mereka
menganggap sesat golongan yang mengharuskan riba kesemuanya.
-
Mereka
mengharuskan nikah dan mengharamkan zina; mereka menganggapkan kafir golongan al-Mubadiyah
dan al-Mahmarah dan al-Khurramiyah yang mengharuskan zina. (Ini menyentuh
golongan yang mengamalkan nikah batin
dalam kalangan golongan sesat yang mengajarkan ilmu hakikat).
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan wajib dilaksanakan hukum-hukum had atas zina, perbuatan meminum arak,
mencuri, dan menuduh zina.
-
Mereka
anggap kafir golongan yang
mengatakan tidak wajib had kerana minum arak, dan hukum rejam kerana zina
seperti golongan Khawarij.
-
Mereka
mengajarkan bahawa punca-punca Syariah ialah
al-Quran, Sunnah dan Ijma Salaf.
-
Mereka
anggap kafir golongan Khawarij yang menolak hujah-hujah ijma dan
sunah-sunah, juga mereka anggap kafir
golongan Syiah Rafidah yang mengajarkan tidak ada hujah dalam semua perkara
tersebut. Yang menjadi hujah hanya ajaran imam ghaib yang mereka sedang
nanti-nantikan.
Rukun Yang Kesepuluh Suruh
dan Tegah Dalam Syara.
-
Mereka mengajarkan bahawa perbuatan orang-orang mukallaf terbahagi
kepada lima bahagian, iaitu yang wajib, haram, sunat, makruh, dan harus. (Diikuti
dengan definisi-definisinya).
Rukun Kesebelas Berkenaan Dengan Hilangnya Para hamba dan hukum mereka di
Akhirat.
-
Mereka
mengajarkan Allah berkuasa membinasakan seluruh alam dan membinasakan setengah
jisim dan mengekalkan yang lainnya.
-
Mereka
mengajarkan bahawa Allah akan mengembalikan semula hayat manusia dan
makhluk-makhluk lainnya yang mati di dunia, ini berlawanan dengan golongan yang
mengatakan bahawa Allah menghidupkan semula manusia sahaja tidak yang lain-lainnya.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan bahawa Syurga dan Neraka adalah makhluk yang dijadikan, berlawanan
dengan pendapat golongan yang mengatakan bahawa kedua-duanyua bukan makhluk.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan bahawa nimat
Syurga kekal dan azab Neraka kekal atas ahli-ahlinya yang terdiri daripada
mereka yang tidak membawa iman dan
yang munafik. Ini berlawanan dengan pegangan mereka yang mengatakan bahawa Syurga
dan Neraka tidak kekal, akan fana.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan yang kekal dalam neraka ialah mereka yang tidak membawa iman,
berlawanan dengan pendapat Khawarij dan Qadariah yang mengajarkan kekal di
dalamnya tiap-tiap orang yang masuk
ke dalamnya.
-
Mereka
mengajarkan golongan Qadariah dan Khawarij - yang telah dijelaskan
sifat-sifatnya - kekal dalam Neraka. Dijauhkan Allah.
-
Mereka
mengajarkan tetap ada soal dalam kubur dan ada fitnah dan azab di dalamnya bagi
mereka yang berkenaan. Mereka memutuskan bahawa mereka yang mengingkari azab
kubur akan diazabkan di dalamnya.
-
Mereka
mengajarkan adanya Kolam Nabi, Sirat, dan Mizan.
-
Mereka
mengajarkan adanya syafaat dari Nabi s.a.w. dan daripada mereka yang salih dari
umatnya bagi mereka yang berdosa di kalangan Muslimin dan orang yang ada sebesar
zarah iman dalam kalbunya. Mereka yang mengingkari syafaat tidak akan mendapat
syafaat.
Rukun Kedua Belas Berkenaan Dengan Kilafah dan Imamah.
-
Imamah,
atau khilafah wajib atas umat Islam supaya pihaknya menjalankan hukum dan
amanah-amanah, menjaga dan menguatkan kubu-kubu pertahanan,
serta menghantar tentera jihad, membahagi-bahagikan fay - iaitu
harta yang didapati bukan melalui peperangan, dan menyelesaikan masalah
penzaliman ke atas mereka yang dizalimi.
-
Diikuti
dengan syarat-syarat imamah: ilmu, keadilan, bangsa Quraisy.
Rukun Ketiga Belas Berkenaan dengan Iman, Islam.
-
Mereka
mengajarkan asal iman ialah marifah,
tasdiq (pembenaran) dengan hati.
-
Mereka
mengajarkan wajib taat dalam perkara yang wajib dan sunat dalam perkara yang
sunat.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan keimanan tidak hilang dengan berlakunya dosa, tetapi hilang dengan
berlakunya kekufuran. Dijauhkan Allah. Orang yang berdosa dia mumin, bukan kafir, walaupun ia menjadi fasik kerana dosanya.
-
Ahli
Sunnah mengajarkan tidak halal membunuh orang mumin
melainkan kerana salah suatu daripada yang tiga: murtad, zina selepas kahwin,
atau hukum qisas kerana orang itu membunuh orang.
-
Ini
berlawanan dengan golongan Khawarij yang mengharuskan bunuh tiap-tiap orang yang
melakukan maksiat.
Rukun Keempat Belas Berkenaan Dengan Para Wali dan Imam-Imam.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan para malaikat maksum daripada semua dosa berdasarkan ayat yang
bermaksud: Mereka tidak derhaka terhadap Allah tentang perkara yang diperintahkan
kepada mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh (Surah at-Tahrim: ayat 6).
-
Kebanyakan
mereka dalam Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa para nabi a.s.s. melebihi kedudukan
para malaikat, berlainan daripada mereka yang menyatakan bahawa para malaikat
melebihi kedudukan para nabi. Pendapat ini menyebabkan pegangan bahawa malaikat
Zabaniah penjaga Neraka itu melebihi kedudukan ulul-azmi di kalangan para rasul.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan: para nabi melebihi para wali, ini berlawanan dengan golongan
Karramiah yang mengajarkan para wali melebihi nabi.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan: keutamaan sepuluh orang Sahabat yang diputuskan oleh Nabi bahawa
mereka ahli syurga terdiri daripada empat khalifah, kemudian Talhah, Zubair, Saad bin Abi Waqqas, Said
bin Zaid, dan Abd al-rahman bin Auf,
dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah. Allah meredhai mereka.
-
Mereka
mengajarkan: terutamanya mereka yang menjadi ahli perang Badar berserta dengan
Nabi dan diputuskan bahawa mereka ahli Syurga (Ini semua berlawanan dengan
golongan yang mengkritik dan mencela para sahabat terdiri daripada golongan
Syiah Rafidah dan lainnya, dan juga pengarang-pengarang moden yang suka
mengkritik para Sahabat dan melanggar adab-adab dalam hubungan dengan mereka,
yang pembelaan tentang mereka itu banyak
dibuat oleh Qadi Iyad
rh dalam kitabnya al-Shifa).
Rukun Yang Kelima Belas Berkenaan Dengan Hukum Tentang Para Musuh Islam.
-
Ahlis-Sunnah
mengajarkan: Para musuhnya ada dua: yang sebelum Islam dan yang lahir zaman
Islam dan yang menunjukkan secara zahirnya mereka Orang Islam.
-
Mereka
yang sebelum Islam terdiri daripada pelbagai golongan: para penyembah berhala
dan patung;
-
Yang
mengikut aliran hululiah yang mengajarkan roh Tuhan masuk meresap dalam
bentuk-bentuk yang cantik; para penyembah matahari, bulan, bintang-bintang
semuanya atau setengah daripadanya;
-
Yang
menyembah malaikat dan memanggilnya sebagai anak-anak perempuan Allah; yang
menyembah Syaitan (menyentuh satanic
cult
sekarang); menyembah lembu; menyembah api;
-
Pada
Ahlis-Sunnah mereka yang menyembah berhala, manusia, dan malaikat, bintang, api,
dan sebagainya haram berkahwin dengan wanita mereka.
-
Tentang
jizyah boleh diterima daripada Ahlil-Kitab dan mereka yang ada sesuatu kitab
seperti Ahlil-Kitab.
-
Mereka
yang tidak membawa iman sebelum Islam: golongan sophist - as-sufistaiyah
-
yang mengingkari adanya hakikat ilmu, termasuk golongan al-Sumniyah yang
mengajarkan alam ini kadim, dan mereka mengingkari tilikan akal dan pengambilan
dalil dalam pemikiran, dengan dakwaan bahawa tidak ada yang boleh diketahui
melainkan yang melalui pancaindera sahaja.
-
Termasuk
golongan Materialist klasik - dahriyah - yang mengajarkan alam ini kadim.
-
Termasuk
golongan yang mengajarkan kadim benda awal
alam (hayula al-alam)
-
Termasuk
golongan ahli falsafah yang mengajar alam ini kadim dan mereka menolak adanya
Tuhan Maha Pencipta; antara, mereka ialah Pythagoras. (Antara ahli sains moden
tidak sedikit yang materialist dan menolak adanya Tuhan dan alam rohani).
-
Muslimin
bersepakat bahawa semua golongan tersebut tidak boleh dimakan sembelihan mereka
dan wanita mereka tidak boleh dikahwini oleh Muslimin. (Diikuti dengan
pendetailan hukum tentang jizyah dari mereka, perkahwinan dengan wanita mereka
dan sebagainya).
-
Tentang
mereka yang tidak membawa iman dalam daulah Islam dan berselindung dengan zahir Islam mereka, dan memperdaya Muslimin secara rahasia: mereka ialah golongan Syiah
ghulat rafidah al-Sababiah, al-Bayaniyah, al-Muqannaiyyah,
al-Mansuriah, al-janahiah, al-Khattabiyah, dan lainnya yang berpegang kepada mazhab hulul dan batiniah; juga mereka
yang berpegang kepada tanasukh al-arwah - berpindah-pindahnya
roh masuk ke dalam badan manusia - terdiri daripada para pengikut ibn Abil-Auja
juga mereka yang mengikut ajaran Ahmad bin Hait dari golongan Mutazilah.
-
Juga
termasuk: mereka yang berpegang kepada ajaran Yazidiah dari golongan Khawarij
yang menegaskan bahawa Syariat Islam
menjadi mansukh dengan adanya nabi dari golongan orang bukan Arab. Demikian
seterusnya. (Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mendakwa Syariat Islam tergantung
kerana Imam Mahadi belum datang; maka diharuskan oleh mereka itu zina, arak, dan
sebagainya). Golongan ini semua tidak halal dimakan sembelihan mereka dan wanita
mereka tidak boleh dikahwini oleh Muslimin.
-
Ringkasnya
Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa orang-orang yang menunjukkan amalan dan
pegangannya dalam Ahlis-Sunnah ialah mereka yang bebas daripada amalan-amalan dan pegangan-pegangan
golongan-golongan yang terkeluar daripada Islam, dan yang terdiri daripada
mereka yang mengikut hawa nafsu, walaupun mereka dinisbahkan kepada Islam
seperti Qadariah, Murjiah, Syiah Rafidah, Khawarij, Jahmiah, Najjariah
dan Mujassimah.
Keperluan
Kepada Ilmu-Ilmu Islam Lainnya:
-
Keperluan
menyuburkan pendidikan melibatkan disiplin-disiplin ilmu Islam lainnya yang
difikirkan perlu demi untuk membangun umat dan budaya dalam rangka pegangan dan amalan serta nilai-nilai dalam
Ahlis-Sunnah wal-Jamaah
-
Keperluan
kepada ilmu-ilmu lainnya diberikan perspektifnya mengikut epistemologi
Ahlis-Sunnah dan faham alamnya (iaitu Islamisasi ilmu-ilmu sebagaimana yang dihuraikan oleh almarhum Prof. Ismail al-Faruqi).
Keperluan
Nusantara atau Dunia Melayu Kepada Empat Wacana Agung Sunni:
Secara
ringkasnya Dunia Melayu Sunni sehingga kini ditentukan sifat-sifatnya oleh
beberapa ciri pokok:
-
Akidahnya
Ahlis-Sunnah wal-Jamaah berdasarkan kepada ajaran Imam Abul-Hasan al-Asyari rd - walaupun sekarang ada pihak yang mencabarnya dan hendak
menggantikannya dengan sesuatu yang lain dengan pelbagai alasan bidaah dan
sebagainya
ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya samaada dalam hubungan
dengan fahaman-fahaman klasik dan tradisional yang tidak benar atau
aliran-aliran baharu moden yang
perlu diberi huraiannya dalam perspektif.
-
Dari segi
kefahaman tentang Hukum Syara
dan perlaksanaannya ianya berpandukan kepada mazhab Syafii. Ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya yang terdiri daripada keputusan-keputusan atau fatwa-fatwa baharu yang
diperlukan kerana perkembangan masa dan budaya.
-
Dari segi
kerohanian dan akhlak rantau ini dipandukan oleh huraian-huraian Imam al-Ghazali
rd, khususnya mengikut ajarannya yang ada dalam kitab Ihya
Ulum
al-Din nya.
Kepentingannya
sedemikian rupa sehingga bila ditanya kepada almarhum Syaikh Muhammad Abduh
tentang buku yang terbaik untuk panduan generasi muda dalam bidang akhlah dan
kerohanian maka dijawabnya kitab itu ialah kitab Ihya karangan Imam al-Ghazali rd. Maka kitab itu
diringkaskan oleh al-Qasimi rh dalam buku Maizatul-Mumininnya.
Ini
perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya dalam menghadapi
masalah-masalah lama atau baharu.
-
Keempatnya,
sangat ingin mengulangi usul saya, bahawa saya sangat berhasrat sedalam-dalamnya
supaya wacana agung ibn Khaldun rh dalam kitabnya al-Muqaddimah - yang ada
terjemahan Inggerisnya oleh Franz Rosenthal dan terjemahan Melayunya yang
diselenggarakan oleh DBP - dijadikan wacana agung yang memberi panduan dalam
perkembangunan intelektuil dan
budaya Dunia Melayu di Nusantara. Ianya paling penting untuk pemerkasaan budaya
dan tamadun apa lagi dalam menghadapi cabaran
budaya ilmu, maklumat dan globalisasi sebagaimana yang dialami sekarang
ini.
Epistemologi
Sunni Dan Pembinaan Tamadun:
-
Peradaban
yang hendak diteruswkan pembinaannya ini ialah peradaban yang dipandukan oleh
ajaran Islam aliran Ahlis-Sunnah wal-jamaah di kalangan manusia Dunia Melayu.
-
Ianya
dengan mengambil kira faham alam
Sunni - dengan huraian tentang Tuhannya, alamnya, manusianya, alam dengan isinya,
termasuk alam sekitar dalam erti ekologi yang dibicarakan sekarang.
-
Dengan
mengambil kira epistemologinya - dengan takrifnya, punca-puncanya,
batasan-batasannya, bidang-bidangnya, kaedah-kaedahnya, matlamat-matlamatnya,
samaada matlamat terakhir atau matlamat terdekat.
-
Mengambil
kira aksiologi atau falsafah dan huraiannya tentang nilai-nilai unggul dan
utamanya dan apa yang sebaliknya, serta cara-cara pemupukan yang utama dan
pengikisan yang sebaliknya.
-
Mengambil
kira sistem ilmu tradisionalnya, termasuk yang ada di Dunia Melayu, dan
perkembangan-perkembangan ilmu terkini dalam sains dan teknologi, termasuk
ICTnya, bioteknologinya (setakat yang difikirkan perlu).
-
Mengambil
perhatian terhadap persoalan-persoalan ilmu yang timbul akibat
perkembangan-perkembangan terkini dalam teknologi dan sains antaranya seperti
yang disebutkan oleh Naisbitt dalam bukunya High Tech High Touch.
-
Memberi
perhatian kepada pendaulatan Bahasa Melayu di rantau ini sebagai bahasa
perantaraan dan bahasa budaya tinggi dan bahasa peradaban, selain daripada
mengakui penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang ilmu dan hubungan antara bangsa
yang diperlukan.
-
Memberi
perhatian seberatnya terhadap persoalan membina dan menguatkan budaya berfikir
dan budaya ilmu tinggi yang tergabung dengan hidup moral dan rohani sewajarnya
demi untuk pemerkasaan budaya dan tamadun.
-
Mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya bagi memupuk kesedaran dan penerimaan terhadap
gagasan perpaduan dan kerjasama bangsa Melayu dalam rangka membentuk kesepaduan
sosial (al-asabiyah
dalam takrif Ibn Khaldun rh) sebagai syarat dalam menjayakan budaya dan tamadun
yang kuat dalam membentuk kehidupan bernegara dalam rantau dan negara yang di
dalamnya terdapat pelbagai kaum dan budaya dalam membina tamadun bersama.
Wallahu
alam.
Muhammad
Uthman El-Muhammady
Kg
Kasar
17000
Pasir Mas
Kelantan. |